Rasulullah s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan 'ya'tsimuka' (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda.
Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.

Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang dikenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.
Nabi s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi.
Nabi Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A'ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.
Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.
Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan 'kamu telah kena sihir?' Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, 'kamu telah kena buatan orang.' Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, 'kamu telah disihir fulan bin si fulan.'
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi.
Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.
Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir. (Petikan Daripada OneUmmah.net)