Monday, February 20, 2012

JIN MENUMPANG?

Bismillahirrahmanirrahiiim...

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana baru berkesempatan menulis dalam blog ini semula. Di sini kami mahu kongsikan kisah seorang hamba Allah yang telah kami rawati yang badannya telah menjadi tumpangan jin selama 8 tahun. Bila kami membacakan ayat-ayat ruqyah, lelaki ini pun kerasukan dan melawan serta menolak sahabat kami. Kami dengan bantuan ahli keluarga lelaki berkenaan terus menahan dan menjatuhkan pemuda ini supaya beliau baring dan mudah untuk dikendalikan. 

Setelah itu, kami cuba berdialog dengan jin berkenaan namun jin berkenaan tidak mahu bercakap dengan menggelengkan kepala. Dengan beberapa kali permintaan dan dengan kedegilan jin itu, kami telah menggunakan beberapa teknik untuk menyeksa jin berkenaan dan akhirnya jin itupun mengalah dan mahu bercakap. Antara dialog kami dengan jin berkenaan;

Perawat : Siapa nama kamu?
Jin : Uguk
Perawat : Berapa umur kamu?
Jin : 100 tahun
Perawat : Berapa lama dah di dalam badan pemuda ini?
Jin : 8 tahun
Perawat : Kenapa MENUMPANG di badan pemuda ini?
Jin : Tiada tempat tinggal

Di akhir perbualan berkenaan, kami telah mengIslamkan jin berkenaan dan menghantarnya ke Mekah. Kami juga telah memberi nama kepada jin berkenaan. Alhamdulillah pemuda berkenaan sedar dan diberikan tarbiyah supaya jangan mengabaikan solat dan zikir. Perbanyakkan solat sunat seperti solat taubat, tahajjud, hajat dan witir.